KUALA LUMPUR: Pengalaman luas pihak pengurusan dalam Malaysia Airlines Berhad (MAB) dilihat faktor penting meletakkan entiti baru terbabit di kedudukan tepat untuk membolehkan syarikat penerbangan negara bersaing di pasaran global, kata penganalisis industri penerbangan dari Flightglobal Aviation, Greg Waldron.

Waldron berpendapat, pengambilan individu yang memahami pasaran industri penerbangan global akan meletakkan MAB mencapai sasarannya iaitu kembali untung. “Mereka yang dilantik ini mempunyai pengalaman luas industri penerbangan di Eropah. Dan kita lihat pasaran penerbangan sejak beberapa tahun ini adalah begitu kompetitif.

“Pasukan baru ini pastinya akan dapat mengaplikasikan amalan terbaik dari Eropah kepada persekitaran Asia kerana persaingan di rantau ini sangat sengit,” kata Waldron. Antara barisan baharu termasuk Ketua Pegawai Komersial Flybe United Kingdom, Paul Simmons yang akan menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Komersial MAB pada 1 Disember depan. Selain itu, Peter Bellew yang menjawat pelbagai jawatan di syarikat penerbangan tambang rendah berpangkalan di Dublin Ryanair akan melaksanakan tugas barunya di MAB pada 1 September sebagai Ketua Pegawai Operasi.

Mengenai langkah pemulihan lain, Greg berkata MAB dijangka melakukan penstrukturan semula ke atas semua pesawat milik syarikat itu, khususnya A380.”Antara agenda utama MAB adalah merasionalisasi bahagian aset dan perhubungan.”Kita telah menyaksikan beberapa keputusan seperti melepaskan pesawat A380 untuk menjadikan operasi membawa lebih keuntungan.” tambah Waldron.

Syarikat itu kini memiliki 128 pesawat pelbagai jenis. Pada Jun lepas,  Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Christoph Mueller mengumumkan cadangan untuk menjual atau menyewa 2 pesawat A380.
Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here