Malaysia

Malaysia, Singapura dan Amerika Syarikat merupakan tiga negara yang paling komited terhadap keselamatan siber, demikian menurut satu kajiselidik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Malaysia memperolehi skor 0.89 dalam Indeks Cybersecurity Global (GCI), dan menduduki tempat ketiga di belakang Singapura (0.92) dan Amerika Syarikat (0.91).

Banyak negara kaya yang lain mengalami kebocoran dalam pertahanan siber mereka, manakala kalangan negara miskin pula menunjukkan kepada mereka bagaimana ia perlu dilakukan, kata kajiselidik PBB yang dikeluarkan pada hari Rabu.

Kekayaan telah membiak jenayah siber, tetapi ia tidak menjana keselamatan siber secara automatik, jadi kerajaan perlu memastikan mereka perlu bersiap siaga, kata kajiselidik oleh UN International Telecommunication Union (ITU).

“Masih wujud jurang antara negara dari segi kesedaran, pemahaman, pengetahuan dan akhirnya kemampuan untuk menggunakan strategi, keupayaan dan program yang sesuai,” katanya.

Amerika Syarikat berada di tempat kedua dalam Indeks Cyber Keselamatan Global ITU, tetapi banyak daripada negara yang dinilai tinggi adalah berekonomi kecil atau sedang berkembang.

Negara selebihnya di tangga 10 teratas ialah Malaysia, Oman, Estonia, Mauritius, Australia, Georgia, Perancis dan Kanada. Rusia menduduki tempat ke-11. India di tangga ke-25, di depan Jerman, dan China di tempat ke-34.

Kedudukan itu didasarkan pada institusi undang-undang, teknikal dan organisasi negara berkenaan, keupayaan pendidikan dan penyelidikan mereka, dan kerjasama mereka dalam rangkaian perkongsian maklumat.

“Keselamatan siber adalah ekosistem di mana undang-undang, organisasi, kemahiran, kerjasama dan pelaksanaan teknikal perlu harmoni untuk menjadi paling berkesan,” kata tinjauan itu.

“Tahap saling hubungan rangkaian menunjukkan bahawa segala sesuatu itu boleh didedahkan, dan segala-galanya dari infrastruktur kritikal negara kepada hak asasi manusia kita, dapat dikompromikan.”

Langkah pertama yang penting ialah mengamalkan strategi keselamatan negara, tetapi 50 peratus daripada negara tidak mempunyainya, katanya.

Negara-negara kecil terkaya juga mendapat skor yang kurang baik – Andorra, Liechtenstein, Monaco dan San Marino – di tangga tercorot. Vatican menduduki tempat ke-186 daripada 195 negara dalam kaji selidik itu itu.

Tetapi tiada negara lain yang lebih teruk daripada Equatorial Guinea, yang mendapat skor sifar.

– Malaysiakini –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here