Tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa kecewanya pengendali skuad bola sepak Sukan Sea negara, Datuk Ong Kim Swee selepas pasukannya gagal memenangi pingat emas kecundang kepada Thailand 0-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Mungkin badi adalah perkataan tepat yang boleh menggambarkan senario skuad bawah 22 (B-22) apatah lagi ia skrip sama terjadi pada Sukan Sea 2001.

Deretan percubaan selain kemampuan skuad negara mendominasi perlawanan masih belum cukup untuk Harimau Muda memenangi perlawanan sebaliknya dihampakan dengan jaringan sendiri oleh penjaga gol, Haziq Nadzli.

SHAH ALAM 29 AUGUST 2017. Reaksi Penjaga Gol, Haziq Nadzli menumbuk masuk untuk gol pertama Thailand ketika menentang Malaysia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Shah Alam. NSTP/OSMAN ADNAN

 

Kata Kim Swee, pemainnya sudah memberikan segalanya namun berasa seolah-olah dihukum dengan kekalahan tersebut.

“Memang saya tak gembira apabila tak menang emas.Tetapi saya tahu pemain sudah memberikan segalanya.

“Kami beri cabaran kepada Thailand walaupun sedar mereka pasukan yang kuat. Namun, saya tidak tahu di mana silapnya apabila kami gagal mencipta gol selain kami tewas kerana gol sendiri,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Namun, Kim Swee enggan menyalahkan penjaga golnya yang memberikan gol kemenangan kepada Thailand.

“Memang sukar apabila situasi ini terjadi kepadanya.Tetapi dia tidak boleh dipersalahkan.Semua orang boleh buat kesilapan sebegitu,” katanya.

Justeru, Kim Swee mahu pemainnya pandang kehadapan dan melupakan kekalahan tersebut selain menumpukan kepada saingan AFC di China.

29 August 2017

“Pemain menunjukkan aksi yang baik berbanding ketika kami tewas kepada Thailand 3-0 pada kelayakkan AFC di Bangkok bulan lalu.

“Kami perlu pandang ke hadapan untuk perlawanan di China nanti dan saya harap penyokong terus memberikan sokongan,” katanya.

Sementara itu, pengendali Thailand, Worrawoot Srimaka mengakui pasukannya bernasib baik memperoleh gol kemenangan hasil kesilapan penjaga gol Malaysia.

“Saya gembira dengan kemenangan ini walaupun gol itu dianggap bertuah.

“Malaysia memberikan cabaran sengit tetapi kami lebih layak untuk menang malam ini,” katanya. – Berita Harian

SHARE
Previous articleDipecat, Ketua Pemuda PKR Kelantan Berang
Next articlePembahagian Komponen PH Mengikut Negeri Selesai
Berketurunan Melayu Jawa tetapi tidak boleh berbahasa jawa. Merupakan seorang peminat masakan jawa lebih-lebih lagi tempe dan nasi pecel lele. Juga merupakan peminat tegar kepada pasukan bola sepak Barcelona FC. Visca El Barca!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here