Masjid

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk penutupan Masjid Al Aqsa oleh pihak berkuasa Israel pada 14 Julai 2017.

Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Kementerian Luar menyatakan tindakan itu merupakan satu bentuk pencabulan undang-undang dan kebebasan bagi umat Islam.

“Tindakan provokatif itu disifatkan sebagai pencabulan yang dibuat secara terang terhadap kesucian tempat beribadah bagi umat Islam, selain merampas hak umat Islam untuk beribadah.

“Ia tidak sepatutnya berlaku kerana hak untuk beribadat mengikut kepercayaan masing-masing dijamin oleh undang-undang antarabangsa,” katanya. Malaysia menggesa agar Israel segera membuka kembali kepada umat Islam bagi mengerjakan ibadat dan agar tidak menganggu status masjid berkenaan sebagai rumah suci bagi orang Islam.

Bagaimanapun, portal Al-Jazeera melaporkan hari ini, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata masjid itu akan dibuka semula pada Ahad.

Penutupan yang dilakukan buat pertama kali pada Jumaat itu telah meningkatkan ketegangan dalam hubungan Israel-Palestin.

Pejabat Netanyahu berkata dalam satu kenyataan pada Sabtu, para pengunjung, umat Islam dan pelancong akan dibenarkan memasuki kawasan itu  “secara beransur-ansur”.

Kawasan yang sensitif itu ditutup selepas tiga warga Arab Israel menembak mati dua pegawai polis Israel di kawasan itu sebelum melarikan diri ke kawasan masjid di mana mereka telah dibunuh oleh polis.

SHARE
Previous articleBarisan Kepimpinan Pakatan Harapan Hanya Perebutan Kuasa
Next articlePM Ingatkan Rakyat, Jangan Gadai Masa Depan
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here