Wednesday, September 27, 2017
Home News Biz Malaysia Hab Haval di ASEAN

Malaysia Hab Haval di ASEAN

144
0

Go Auto Group of Companies yang me­rupakan pengedar kenderaan Haval di Malaysia memperuntukkan pelaburan berjumlah RM2 bilion untuk menjadikan negara ini sebagai hab jenama berkenaan di rantau ASEAN.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Azam Sulaiman yang memberitahu, pelaburan di­pe­­runtukkan sehingga peng­hujung 2021 itu antara lainnya bertujuan mengukuhkan jenama kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan ce­kap tenaga (EEV) da­ri China itu di Malaysia.

Beliau berkata, pe­laburan berjumlah RM2 bilion itu adalah daripada pelbagai sumber iaitu dana dalaman, dana lua­ran termasuk daripada Great Wall Motors (GMW) yang me­rupakan syarikat induk jenama Haval serta institusi kewangan lain.

“Sejak mula beroperasi, Malaysia telah pun menjadi hab kepada jenama Haval di rantau ASEAN. Kalau kita lihat jumlah eksport untuk Kemboja dan Brunei telah mencecah 30 pera­tus daripada pengeluaran kita.

“Kita telah menjadi hab pun tetapi negara yang dipa­sarkan belum banyak. Insya-Allah ka­mi akan masuk ke Ba­tam dan Jakarta di Indonesia sekitar tahun ini, Brunei perlu ditambah.

“Selain itu, kami juga menerima permintaan daripada Si­ngapura yang difikirkan sangat menarik bukan kerana nilai pasarannya te­tapi jenama itu sendiri. Kemasukan Haval ke Singapura akan menjadi penanda aras yang baik untuk jenama itu di ASEAN,” katanya ketika ditemui di Pameran Automotif Shanghai (Auto Shanghai 2017) di sini baru-baru ini.

Menurut Ahmad Azam, selain negara-negara yang di­sebutkan, Go Auto turut me­rancang memasarkan jenama itu di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti termasuk Vietnam, Myanmar dan Filipina di antara tahun ini sehingga tahun depan.

Dalam pada itu, mengulas lan­jut mengenai pe­laburan syarikat ber­kenaan, Ahmad Azam menjelaskan, setakat ini nilainya telah mencecah sekitar RM60 juta ke RM70 juta untuk fasa pertama.

Beliau berkata, fasa dua pe­laburan yang membabitkan kemudahan pengeluaran jenama itu di Gurun, Kedah sedang di­bangunkan dan dijangka beroperasi sama ada tahun depan atau 2019, diikuti de­ngan fasa ketiga.

“Buat masa ini, kilang kami menghasilkan model pe­ma­sa­ng­an tempatan (CKD) yang meliputi H1, manakala model kedua iaitu H2 dijangka bermula bulan depan.

“Keupayaan kilang untuk fasa pertama ini ialah mengeluarkan 2,000 kenderaan sebulan, bermakna 24,000 setahun. Jumlah itu dijangka bertambah untuk fasa kedua dan ketiga,” jelas beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here