111 pingat emas
Cover image via Astro Awani

Ketika rakyat Malaysia meraikan capai 111 pingat emas negara yang dimenangi oleh jaguh lumba basikal negara Azizulhasni Awang, ramai netizen tertanya-tanya jika cuti umum akan diisytiharkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya ketika meraikan detik ini pada malam Isnin sempat berjenaka kerana begitu memahami kehendak rakyat Malaysia.

“Ramai yang memuji dan ramai yang juga minta cuti di diisytiharkan.

“Ada dua kegemaran rakyat Malaysia… satu makan, dan satu lagi cuti AM.

“Tunggu dululah sebab Sukan SEA belum habis lagi. Kita tunggu dulu,” kata Najib di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.

Pingat emas yang diraih Azizulhanis Awang sekali gus menepati sasaran pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang juga pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC), berkata bahawa perjuangan belum berakhir kerana Malaysia sudah membayangkan untuk melepasi jumlah 111 emas serta mencipta rekod tersendiri pencapaian emas dalam sejarah sukan dwitahunan itu yang diperkenalkan pada tahun 1959.

Thank you all our @AtletMalaysia for this wonderful 60th Merdeka present! #CiptaSejarahBersama pic.twitter.com/Rs8vyyDD9t

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here