digital

Malaysia, khususnya Sarawak boleh berjaya dalam ekonomi digital kerana rakyatnya celek IT, kata Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof.

Menurut beliau, Malaysia berada di kedudukan ketiga di dunia yang celek IT dan pengguna internet yang sangat ramai.

Oleh sebab itu, belau berpendapat Malaysia boleh berjaya dalam ekonomi digital kerana ramai yang boleh menjalankan perniagaan secara atas talian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis simbolik penyerahan ibadah korban kepada 69 surau, masjid, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Rukun Tetangga dalam kawasan Parlimen Petra Jaya.

Sehubungan itu, Fadillah menasihatkan golongan ibu bapa supaya mendorong anak masing-masing untuk mendapat pendidikan dan latihan yang boleh menjaminkan masa depan anak-anak mereka.

Menurut Fadillah, walaupun Malaysia sebuah negara membangun tetapi kedudukannya adalah tinggi di peringkat dunia.

“Banyak kejayaan yang sudah Malaysia cipta di peringkat dunia termasuk dalam bidang sukan, malah sistem pengangkutan awam MRT kita bertaraf dunia kerana ia bergerak tanpa pemandu dan dikawal oleh sistem komputeran,” katanya.

Beliau berkata kerajaan akan terus merancang dan melaksanakan pelbagai pembangunan dan pemodenan untuk memberi kehidupan yang lebih sempurna dan selesa kepada rakyat.

Fadillah seterusnya menyatakan segala memakmuran yang dinikmati ketika adalah hasil pengorbanan semua pihak termasuk kerajaan dan rakyat. –Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here