Monday, June 25, 2018
Home News Biz Malaysia Airlines Gah Sebagai Ikon Kebangsaan Sempena Hari Pertama Operasi

Malaysia Airlines Gah Sebagai Ikon Kebangsaan Sempena Hari Pertama Operasi

0
272

KUALA LUMPUR 1 Sept. – Syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines mencatatkan prestasi semasa (OTP) sebanyak 89.8 peratus pada hari pertama pengendalian operasinya di KLIA dibawah syarikat baharu dikenali sebagai Malaysia Airlines Berhad atau MAB.

Peralihan berkenaan adalah bertujuan untuk memberikan perjalanan perkhidmatan dan pengendalian yang lebih lancar daripada MAS kepada MAB berdasarkan tumpuan bagi mengukuh dan menstabilkan operasi agar prestasi sentiasa sempurna pada masa hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Christoph Mueller berkata, sebagai menandakan peristiwa bersejarah itu semua kakitangan baharu MAB termasuklah pengurusan kanan mengadakan lawatan serta tinjauan istimewa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula semalam hingga hari ini.

Jelas beliau, perkara tersebut adalah berikutan peristiwa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada syarikat penerbangan yang dahulunya dikenali sebagai Malaysia Airline System Bhd. (MAS), sekali gus menandakan permulaan era baharu yang lebih cemerlang buat MAB.

“Kami begitu teruja menanti tarikh keramat ini kerana ia merupakan permulaan untuk syarikat baharu ini setelah segala usaha dan kerja keras dimulakan sejak beberapa bulan lalu agar peralihan berjalan dengan lancar.

“Malah, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami selamat ini berserta rakan kongsi syarikat penerbangan atas sokongan berterusan kepada kami selama ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mueller, seperti meraikan hari pertama bulan September sebagai ikon kebangsaan, pihaknya berharap agar dapat meningkatkan pengalaman penerbangan kepada semua pelanggan supaya mereka selesa dan dapat menikmati perjalanan yang lebih baik serta berkeinginan untuk melawat Malaysia.

Sempena hari bersejarah itu, pihak pengurusan MAB mengedarkan patung beruang kepada pemenang bertuah dalam penerbangan ke Melbourne, Australia MH149 untuk tiket kelas perniagaan.

Hadiah seterusnya telah diberikan kepada penumpang untuk penerbangan pertama MAB di KLIA termasuk penerbangan MH433 daripada Hong Kong dan MH2605 daripada Kota Kinabalu.

Selain itu, Mueller turut dilihat berada di KLIA bagi penerbangan domestik pertama MAB iaitu MH1138 perjalanan menuju ke Pulau Pinang yang berlepas pada pukul 9.15 pagi di pintu A2.

Sumber: Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here