Majlis Rohingya Malaysia (MRM) ditubuhkan bagi menyelaras hal ehwal pelarian Rohingya di negara ini, memandangkan jumlah etnik itu yang agak ramai.

Pengerusi Kehormat MRM, Mohd Nazri Sahat berkata, mengikut laporan Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR), lebih 150,000 warga Rohingya di Malaysia.

majlis rohingya malaysia
Mohd Nazari (dua dari kanan) memberikan maklumat berhubung penubuhan MRM dan Persidangan Rohingya Kebangsaan. – Sinar Online

“Etnik Rohingya ini dalam keadaan trauma, selepas apa yang berlaku terhadap mereka. Namun, masalah sosial juga ditimbulkan oleh etnik ini dan situasi tersebut membuatkan rakyat Malaysia berasa risau.

“Oleh itu, MRM ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah ini dan ini sedikit sebanyak dapat membantu kerajaan,” katanya semasa sidang media pengumuman penubuhan MRM di Hotel Sani, di sini, hari ini.

Menurutnya, sebanyak 25 badan bukan kerajaan (NGO) telah menyertai majlis itu dan pihaknya mensasarkan 110 NGO lagi akan menyertainya untuk menyelaras segala aktiviti di dalam majlis berkenaan.

Bagi melengkapkan penubuhan serta carta organisasi MRM, Persidangan Rohingya Kebangsaan akan diadakan pada 20 Januari ini di Dewan Felcra, Kuala Lumpur bagi memilih ahli jawatankuasa pengurusan majlis tersebut yang akan dianggotai oleh etnik itu.

“Dalam konvensyen itu, seramai 250 pemimpin etnik Rohingya di negara ini akan dikumpulkan dan mereka akan dipilih menjawat jawatan dalam bahagian jawatankuasa MRM secara proses undian.

“Individu yang terpilih perlu membantu etnik mereka dan kami di Majlis Eksekutif akan memantau gerak kerja mereka di seluruh negara,” katanya. – Sinar Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here