Sistem pilihan raya sekarang adalah sistem yang dilaksanakan sejak Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun lalu. Hanya selepas melepaskan memasuki kem pembangkang, Mahathir jadi lupa diri dan mengutuk sistem yang pernah digunakan semasa pemerintahannya dulu. Sistem yang sama menjadikannya PM selama 22 tahun.

Pertemuan Mahathir dan pemimpin PH lain dengan duta asing pada 25 Januari lalu, merupakan bukti bahawa PH hipokrit kononnya berjuang untuk menyelamat Malaysia sebaliknya ia lebih kepada usaha untuk menyelamatkan tengkuk sendiri sahaja.

Dan disaat Mahathir dengan bangganya bertemu dengan duta asing, anaknya pula, Mukhriz Mahathir, dihimpit dengan kontroversi kerana malu mengaku sebagai rakyat Malaysia sebaliknya tidak malu pula mengaku sebagai rakyat Brunei.

Meskipun Mukhriz menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan berkenaan ketika berucap pada satu ceramah di Baling, baru-baru ini, namun video yang dirakamkan menjadi bukti Mukhriz bersikap tidak patriotik kepada negara.

Mungkin Mukhriz malu untuk mengaku rakyat Malaysia disebabkan bapanya sendiri yang sudah berusia 93  tahun dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan. Rekod dunia baru akan tercipta jika Mahathir jadi PM semula.

“Jangan sampai tak bangga jadi rakyat Malaysia. Kalau tak bangga pi lah orang Kedah kata, pi jauh-jauhlah, tak payah (tinggal) di sini. Dia dah kaya, keluarga dah kaya, abang yang ada kereta mewah 23 buah (dan) tersenarai antara orang yang terkaya di Malaysia. Apa lagi dapat kontrak daripada Petronas berbilion-bilion.

“Apa lagi tuan-tuan? Nak marah apa lagi kepada Malaysia? Malaysia ini tempat rezeki kita sebenarnya. Tempat kita lahir, tempat kita dapat rezeki dan Insya-Allah tempat kita disemadikan bila sampai masanya. Inilah Malaysia yang kita bina melalui semangat patriotik,” kata Najib ketika berucap pada majlis pertemuan bersama penjawat awam persekutuan dan negeri di perkarangan Wisma Persekutuan, Kota Bharu semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here