Ku Nan

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini melahirkan rasa hairan dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat sering ‘mengganggu’ kerajaan.

Mengulas mengenai pelawaan bekas perdana menteri itu kepada Datuk Seri Najib Razak dalam program Nothing to Hide 2.0, Tengku Adnan berkata Dr Mahathir perlu berhenti daripada mengganggu kerajaan kerana waktunya telah tamat.

“Dia (Mahathir) ni dah tak betul. Tun ni kita tak faham apa dia nak. Sudah-sudahlah, waktu dia dah habis. Sudah-sudahlah.

“Apa lagi nak kacau kerajaan yang ditadbir perdana menteri sekarang. Dia (Najib) tadbir cara Najiblah.

“Barangkali dia (Mahathir) kecewa kerana anak dia tak dapat jadi naib presiden (Umno),” katanya.

Tengku Adnan berkata demikian kepada pemberita semasa majlis rumah terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di ibu negara hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here