Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad belum memutuskan untuk bertanding di mana-mana kerusi  pada PRU14 nanti.

Katanya,pengumuman hanya akan dibuat apabila tiba masanya.

“Saya belum putuskan lagi sama ada hendak bertanding di Kubang Pasu, Langkawi atau Putrajaya. Bila tiba masanya, nanti saya umum,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan bahawa, kerusi yang bakal ditandingi Mahathir tidak selamat, Mahathir berkata dakwaan tidak selamat itu adalah merujuk kepada BN.

“Kalau mereka rasa tidak selamat, tak payahlah bertanding,” katanya.

Sementara itu, perbincangan mengenai pembahagian kerusi parlimen dan Dun Harapan, masih dalam proses.

“Pembahagian kerusi parlimen di Sarawak  sudah selesaikan. Di Sabah masih lagi berbincang. Sekarang perbincangan ke arah pembahagian kerusi Dun di negeri- negeri,” katanya.

Mengulas mengenai pembahagian kerusi di Selangor, Harapan akan selesaikan semua masalah yang berlaku di negeri itu.

“Kita ada banyak masa untuk selesaikan semua masalah yang timbul. Apabila kita dah selesai semua urusan pembahagian kerusi, kita akan umum. Sudah tentu kami perlu tentukan Harapan mempunyai calon boleh menang,” katanya.

Sebelum ini, timbul desas desus mengenai perebutan kerusi yang akan ditandingi antara  Amanah dan Bersatu di Selangor.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here