Tottenham Hotspur mencapai persetujuan dengan Paris Saint-Germain untuk membeli pemain sayap Brazil Lucas Moura, lapor media British hari ini.

Pemain berusia 25 tahun yang beraksi 36 kali mewakili Brazil berada di London untuk memuktamadkan perpindahan bernilai 25 juta pound (RM136.5 juta) mengikut syarat peribadi dan lulus ujian perubatan seperti yang dipersetujui.

Lucas yang dijangka menandatangani kontrak tiga setengah tahun dengan pilihan tambahan setahun, sudah bertemu pengurus Spurs, Mauricio Pochettino dan pengerusinya, Daniel Levy.

Pemain Brazil itu memulakan kariernya di Sao Paolo dan menyertai PSG dengan bayaran 33.5 juta pound (RM183 juta) pada Januari 2013.

Dia beraksi dalam 150 perlawanan Ligue 1 untuk pasukan Perancis itu, menenangi empat gelaran dan tiga Piala Perancis.

aymeric-laporte-athletic-bilbao_pbhvx8h3mray1ily8ksmdjkdg

Pertahanan Perancis, Aymeric Laporte membayar yuran klausa tebus kontrak perpindahannya kepada Athletic Bilbao bagi menyertai Manchester City, kata kelab Sepanyol itu, semalam.

Laporte, 23, memiliki klausa dalam kontraknya bernilai AS$80 juta (RM311.05 juta) bersama Bilbao yang kemudian diaktifkan dalam usahanya untuk menyertai City yang dibimbing Pep Guardiola.

Sekiranya berjaya, dia akan menjadi pembelian termahal buat City.

Media Sepanyol dan British melaporkan Laporte akan diumumkan sebagai pemain City, hari ini dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu dikatakan sudah lama berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

“Athletic berterima kasih kepada pemain atas apa yang diberikannya ketika dia bermain bersama kelab ini,” kata Bilbao dalam kenyataan.

laporte

Dengan harga RM juta, Laporte akan mengatasi pembelian termahal kelab itu sebelum ini iaitu Kevin De Bruyne 55 juta pound (RM300.04 juta) .

Kekerapan kecederaan yang melanda kapten, Vincent Kompany dan kurangnya kepercayaan Guardiola terhadap Eliaquim Mangala menyaksikan pengendali dari Sepanyol itu mahu menambah seorang lagi pertahanan tengah untuk mencabar tempat Nicolas Otamendi dan John Stones.

Laporte menjadi antara tonggak Bilbao sejak musim 2012-13 dan menjuarai Piala Super Sepanyol pada 2015.

“Saya mahu berterima kasih kepada kamu atas semua yang kamu berikan kepada saya,” kata Laporte dalam mesejnya yang dikemukakan bersama kenyataan Bilbao.

— REUTERS

SHARE
Previous articleHARAPAN Gesa PAC Siasat MARA Inc
Next articleTersenyum, Pekerja Resort Bunuh Majikan Ke Tali Gantung
Berketurunan Melayu Jawa tetapi tidak boleh berbahasa jawa. Merupakan seorang peminat masakan jawa lebih-lebih lagi tempe dan nasi pecel lele. Juga merupakan peminat tegar kepada pasukan bola sepak Barcelona FC. Visca El Barca!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here