TOKYO, JEPUN – Pihak penganjur Olimpik Tokyo 2020 telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan menggunakan logo acara itu susulan dakwaan bahawa pereke logo tersebut telah menggunakan bahan hak cipta.
Lapor agensi berita AP, pihak penganjur telah menarik balik sokongan mereka terhadap pereka Jepun Kenjiro Sano susulan satu lagi dakwaan yang timbul baru-baru ini.

Logo Tokyo 2020 rekaan Kenjiro Sano (kiri) dan logo Théâtre de Liège rekaan Olivier Debie.
Logo Tokyo 2020 rekaan Kenjiro Sano (kiri) dan logo Théâtre de Liège rekaan Olivier Debie.

Sano dikatakan telah merakam satu gambar dari sebuah laman web dan menggunakan gambar tersebut ketika mempersembahkan logo rekaan beliau.

Sebelum ini, logo berkenaan menerima kritikan setelah seorang pereka grafik dari Belgium dakwa bahawa Sano telah menggunakan rekaan grafik yang direka untuk sebuah teater Belgium.

“Kami telah mencapai kesimpulan bahawa adalah wajar untuk kita lepaskan logo itu dan menggunakan logo baru.

“Pada ketika ini, kami telah memutuskan bahawa logo itu tidak boleh mendapat sokongan orang ramai,” kata Ketua Pengarah jawatankuasa penganjur temasya Olimpik Tokyo 2020 Toshio Muto.

Tambahnya, pihak pengajur akan mengadakan satu lagi pertandingan untuk mereka logo baru bagi temasya Olimpik Tokyo 2020 dalam masa terdekat.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here