KUALA LUMPUR -Selepas memperkenalkan logo barunya, Google telah mendapat sambutan yang positif dari penggunanya serata dunia yang diluahkan melalui media sosial.
Syarikat gergasi Internet, Google hari ini memberi nafas baru dengan menukar logonya untuk menepati kesesuaian peralatan mudah alih.

Evolusi logo Google sejak ia ditubuhkan pada September 1998 sehingga kini.
Evolusi logo Google sejak ia ditubuhkan pada September 1998 sehingga kini.

Susulan pengumuman tersebut, hashtag #GoogleLogo adalah antara isu yang paling trending di laman Twitter.

Pelbagai pandangan dikongsi oleh netizen berkenaan rupa logo Google yang baru itu di media sosial.

Kebanyakan mereka berpendapat bahawa rupa baru Google itu pratik, sempurna dan mudah dibaca pada semua saiz.

Menurut laporan AFP, Google mengekalkan skim empat warnanya namun menukar font kepada soft sans-serif.

Mereka juga mengubah huruf kecil g berwarna biru kepada G berhuruf besar dengan menggabungkan warna biru, hijau, merah dan kuning.

Logo baru ini didedahkan berikutan pengumuman dari Google mengenai syarikat yang dipanggil Alphabet.

Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here