#lofattah
Cover image via NST

FATTAH Amin dan Neelofa #LoFattah terus menjadi pilihan peminat selepas mendominasi Malam Throwbaek Drama 1 April lalu melalui kategori utama Anugerah MeleTOP 2017 (AME2017) yang membolehkan mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 serta trofi.

Fattah memenangi kategori utama, Top Top MeleTOP (Lelaki) dan turut membawa pulang tiga lagi trofi iaitu Pelakon MeleTOP, Bintang Online MeleTOP dan Fesyen MeleTOP manakala Neelofa yang sebelum itu diumumkan sebagai pemenang Hos MeleTOP dan Program MeleTOP turut memenangi kategori utama iaitu Top Top MeleTOP (Wanita).

Bukan itu saja, drama lakonan mereka, Suri Hati Mr. Pilot turut diumumkan pemenang kategori Drama MeleTOP.

Mengulas kemenangan itu, Neelofa berkata, dia tidak menafikan semua ini hasil usaha peminat yang masih memberikan sokongan biarpun drama Suri Hati Mr Pilot (SHMP) telah tamat tayangan sejak lima bulan lalu.

“Memang jelas semua ini usaha peminat yang sentiasa menyokong drama ini.

“Bahkan apa yang kami tahu, kita bukan saja mempunyai peminat dari Malaysia, tapi dari Brunei, Singapura dan ada juga peminat di London, New York dan Abu Dhabi yang menonton secara online.

“Saya rasa sokongan mereka bertambah kuat selepas kami memulakan penggambaran SHMP raya baru-baru ini dan semua mengakui menyukai gandingan kami, combo LoFattah,” katanya.

Tambah Fattah pula, dia amat menghargai usaha peminat yang tidak jemu mengundi malah mempunyai kumpulan peminat yang lebih besar.

“Sejujurnya saya secara peribadi tidak meletakkan harapan untuk menang. Dari awal lagi apabila tercalon saya sudah bersyukur.

“Namun saya tak mahu lihat sokongan peminat di AME2017 ini secara spesifik dari SHMP sahaja, kerana saya fikir ada juga peminat lain yang turut mengundi kami.

“Apa pun saya amat hargai penat lelah mereka mengundi,” ujarnya.

Ditanya adakah kemenangan ini menjadi petanda bahawa mereka akan kembali bekerjasama selepas ini, kedua-duanya tidak menolak malah Neelofa mengakui masih rapat dengan Fattah tetapi enggan menyentuh soal jodoh kerana baginya, perkara itu terlalu subjektif.

“Saya pernah cakap dengan Fattah,¬† LoFattah adalah satu brand atau nama yang kuat dan sayang kalau kita biarkan sahaja.

“Macam kami kembali bekerja untuk SHMP raya, kami lihat itu satu cara untuk hargai peminat.

“Jadi, kalau ada tawaran selepas ini saya tak kisah kerana peminat suka kami bergandingan dan kami juga profesional,” jelasnya.

Sependapat dengan Neelofa, Fattah berkata, peluang untuk kembali bergandingan itu sentiasa ada, namun hanya masa yang menentukan.

“Saya ada pengurusan dan jadual sendiri, begitu juga dengan Neelofa. Tapi sekiranya ada masa yang sesuai untuk kami bergandingan, tak ada masalah. Semua itu berbalik pada peluang dan rezeki,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah SHMP, Michael Ang berkata, dia tidak menjangkakan kemenangan mereka pada malam itu.

“Selepas SHMP berakhir, memang ramai yang request untuk musim kedua, tapi saya rasa tak masuk akal kerana ceritanya akan sama saja.

“Jadi sebab itu kita buat SHMP raya yang diberi judul Penerbangan Terakhir Mr Pilot sebagai hadiah kepada peminat.

“Buat masa ini saya tak berani cakap akan ada projek yang menggandingkan Lofa dengan Fattah kerana Lofa selepas ini akan bergandingan dengan Alif Sattar untuk sebuah drama baru.

“Manakala Fattah selepas selesai shooting bersama Fazura, ada satu lagi projek bermula Julai depan,” katanya.

Baca lagi: Gandingan Semula #LoFattah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here