Kelab Turki, Besiktas dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Liverpool, Lucas Leiva .

Pengerusi Besiktas, Fikret Orman bagaimanapun mendedahkan, beliau tidak yakin kelab itu akan berpeluang meneruskan rundingan bersama Liverpool untuk menyempurnakan hasrat mereka mendapatkan Leiva.

Sehingga kini, Leiva hanya diberi peluang beraksi dalam satu perlawanan Liga Perdana England bersama Liverpool meskipun pengurus The Reds, Brendan Rodgers mengakui pemain tengah itu memiliki kebolehan membantu memperkuatkan benteng pertahanan.

Mengulas lanjut, Orman ber­kata, mereka juga tidak terlalu optimis terhadap peluang meya­kin­kan Liverpool untuk melepaskan Leiva, namun masih berusaha ke arah itu.

“Kami masih dalam proses perbincangan bersama Liverpool dan Lucas tetapi setakat ini belum ada sebarang persetujuan.

“Saya tidak tahu mengenai perkara yang mungkin berlaku pada masa akan datang. Saya sedar, Liverpool sukar lepaskan Leiva dan bukan mudah mendapatkan pemain seperti itu daripada sebuah kelab England.

“Ahli Lembaga Besiktas akan berbincang terlebih dahulu me­ngenai kewajaran melibatkan Lucas dalam urusan perpindahan ini tetapi Liverpool juga masih belum mahu melepaskan dia,” ujar Orman.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here