Aktress Lisa Surihani, agak low profil mengenai berita kehamilannya.

Meskipun sedang sarat atau pun menanti hari untuk bersalin, namun Lisa Surihani masih enggan mendedahkan atau berkongsi mengenai detik bahagia dia dan suaminya, Yusry KRU.

Bagaimanapun, cerita aktres terkenal ini terus menjadi perhatian peminat seni tempatan.

Sehingga ada sahaja khabar angin yang tidak benar mengenai mereka diutarakan.

Terbaharu, menerusi sebuah blog, Lisa Surihani dikatakan telah selamat bersalin.

Terkesan dengan berita itu, pelakon Istanbul Aku Datang ini tampil membuat penjelasan di laman sosial Instagram miliknya.

Menafikan sekeras-kerasnya perkara itu, Lisa berharap agar orang ramai tidak terpedaya dengan cerita tersebut.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here