Penyanyi dan pelakon, Linda Rafar menyerahkan permohonan pengesahan lafaz cerai oleh suaminya, Syed Kamaruzaman Syed Mahmud atau Syed Aiman, 40, di Mahkamah Rendah Syariah, sebentar tadi.

Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar, 37, tiba di mahkamah pada jam 9.30 pagi dengan ditemani beberapa ahli keluarga.

Beliau kemudian menyerahkan borang berkenaan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah.

Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 .

Source: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here