Lima negeri yang kini ditadbir kerajaan Barisan Nasional (BN) dijangka akan jatuh ke tangan pakatan pembangkang dalam PRU14 nanti seandainya semua parti itu termasuk Pas bersatu.

Timbalan Pengerusi  Institut  Darul Ehsan (IDE), Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, berdasarkan kaji selidik yang di bawah tajuk  ‘Jika Pilihan Raya 6 bulan dari sekarang parti apa yang anda akan undi?’.

“Negeri berkenan adalah , Perak, Kedah,  Pahang, Melaka, Wilayah Persekutuan dan,” katanya dalam pembentangan kaji selidik ‘mood rakyat Malaysia menjelang PRU14’, di Institusi Darul Ehsan di sini hari ini.

Sementara itu, katanya pembangkang mengekalkan kuasa mereka di negeri Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.

Jelasnya Pakatan Harapan termasuk Pas (bergabung dalam satu gabungan) memperoleh 59 peratus undian pemilihan sementara BN hanya memperoleh 39 peratus undian.

“Itu yang akan berlaku sekiranya Pakatan Harapan dan Pas bergabung,” katanya.

Dalam pada itu katanya semua negeri yang diperintah BN turut terkesan kerana bakal hilang dua pertiga kuasa majoriti.

“BN akan hilang di semua negeri yang selebihnya,” katanya.

Kaji selidik itu dilakukan terhadap 4,486 responden daripada 12 juta pengundi berdaftar di Semenanjung oleh IDE pada 11 hingga 15 Ogos lalu.

Ia melibatkan 130  Parlimen di Semenanjung Malaysia.-Sinar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here