Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata Bajet 2018 kali ini agak menghampakan memandangkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak dimansuhkan.

“Kalau pilih kerajaan, tidak mustahil GST akan bertambah naik kalau ikut seperti yang terjadi di Singapura.

Terdahulu, Najib yang juga Menteri Kewangan  membentangkan Bajet 2018 di Parlimen dengan mengetengahkan lapan tunjang utama antaranya merancak pelaburan perdagangan dan industri, mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan dan meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC dan perkhidmatan awam.

Bajet tahun ini juga bertemakan ‘memakmur ekonomi yang inklusif, mengimbangi keunggulan duniawi dan ukhrawi demi mensejahtera kehidupan rakyat, menuju aspirasi TN50’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here