Pemandu Formula 1, Lewis Hamilton nampaknya tidak boleh membiarkan hatinya lama tanpa berpenghuni. Dia dilihat semakin intim dengan penyanyi seksi, Rihanna.

Pernah menjalin hubungan dengan ahli kumpulan The Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger, Hamilton turut dikatakan mula mengenali pelantun Four Five Seconds sejak beberapa bulan lalu.

Biar pun mengakui saling mengenali antara satu sama lain, mereka berdua menafikan ada menyimpan rasa cinta. Hamilton juga dilihat seperti bertekateki mengenai identiti kekasih terbaharunya.

“Semua orang tahu saya telah lama mengenai Rihanna. Hubungan kami sekadar kawan baik dan sering menghabiskan masa bersama.

“Tidak perlu dinafikan, dia (Rihanna) seorang kawan yang baik dan kami berdua serasi bersama.

Mungkin disebabkan itu ramai yang menilai bahawa kami sedang dilamun cinta,” jelas Hamilton. Baru-baru ini, pasangan itu dilihat mesra dan saling bermanja antara satu sama lain sewaktu menghadiri sebuah festival di Barbados.

Mereka juga menikmati makan malam romantik di Bandar New York, Amerika Syarikat.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here