MESIR: Pihak keselamatan Mesir berkata, satu letupan bom kuat berlaku di sebuah bangunan keselamatan kerajaan di Shubra, di tengah Kaherah, hari ini namun tiada laporan segera mengenai mereka yang cedera atau maut.

 

Empat blok bangunan terbabit dalam letupan itu dengan cara tingkap dan pintu bertaburan di tepi jalan bangunan berkenaan.

 

Agensi berita AP melaporkan, ia serangan terbaharu di tengah Mesir selepas percubaan pengebom nekad ke atas Peguam Negara Mesir, juga di Kaherah.

 

Sementara itu, AFP melaporkan letupan itu membabitkan sebuah bangunan milik pasukan polis yang berlaku pada tengah malam waktu tempatan. – AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here