Seorang lelaki di West Virginia telah didakwa kerana membuat ancaman bom palsu yang membawa kepada pemindahan lebih 3,000 pelancong di Patung Liberty pada bulan 24 April lepas.

 

Pihak berkuasa berkata, Jason Paul Smith, 42, menelefon perkhidmatan kecemasan dan mengaku sebagai seorang pengganas dan merancang untuk meletupkan Tugu New York City. Beliau juga dituduh membuat panggilan ancaman lain yang mensasarkan serangan ke atas Times Square dan Jambatan Brooklyn.

 

Pihak berkuasa kemudiannya mendapati ancaman Smith tidak boleh dipercayai. Jurucakap polis berkata, Smith digunakan iPad untuk membuat panggilan ke perkhidmatan kecemasan.

 

Pihak berkuasa persekutuan telah menahan Smith pada hari Rabu di Lubbock, Texas. Beliau bakal dihadapkan ke mahkamah dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan. – BBC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here