Datuk Wira Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David adalah antara penerima darjah, kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, hari ini.

Chong Wei dan Nicol, masing-masing dianugerahkan Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

Sementara itu, juara keirin dunia, Azizulhasni Awang bersama pemenang pingat emas Paralimpik Rio 2016, Muhammad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly dan Mohamad Ridzuan Puzi pula menerima Kesatria Mangku Negara (KMN).

Turut menerima anugerah sama adalah jurulatih olahraga paralimpik negara, R Jaganathan.

Enam atlet lagi menerima anugerah Ahli Mangku Negara (AMN). Mereka adalah juara terjun dunia, Cheong Jun Hoong, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Tan Wee Kiong dan Goh V Shem (badminton) serta Siti Noor Radiah Ismail (paralimpik). – Berita Harian

SHARE
Previous articleRohingyas Are Human Beings Too
Next articlePM Deploys Humanitarian Mission To Rohingya
Berketurunan Melayu Jawa tetapi tidak boleh berbahasa jawa. Merupakan seorang peminat masakan jawa lebih-lebih lagi tempe dan nasi pecel lele. Juga merupakan peminat tegar kepada pasukan bola sepak Barcelona FC. Visca El Barca!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here