Malaysian International Trade and Industry Minister Mustapa Mohamed delivers his speech during the launching of ASEAN SME Showcase and Conference (ASSC) 2015 at the Kuala Lumpur Convention Centre in Kuala Lumpur on May 26, 2015. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

KUALA LUMPUR – ASEAN menghadapi pembiayaan infrastruktur yang paradoks – jurang antara keperluan pembiayaan dan penawaran – walaupun kadar simpanan dan rizab asing tinggi di ASEAN.

Menurut Laporan Menghapuskan Halangan (LTB) 2015 oleh Kelab Perniagaan ASEAN (ABC) dan Institut Penyelidikan ASEAN CIMB (CARI), majoriti negara anggota ASEAN kecuali Singapura dan Malaysia, hanya dapat menawarkan kurang daripada separuh anggaran permintaan.

Unjuran menunjukkan negara-negara ASEAN perlu melabur lebih US$60 bilion setahun dalam infrastruktur sehingga 2020 untuk menyokong dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi di rantau ini.

Bagaimanapun, penawaran infrastruktur di negara-negara ASEAN kekal rendah berbanding keperluan.

Menurut laporan, dengan sumber kewangan yang tidak mencukupi daripada kerajaan dan bantuan pembangunan luar negeri, penyertaan pembiayaan swasta dijangka meningkat melalui skim Perkongsian Awam-Swasta (PPP), penyertaan ekuiti dan penswastaan.

Laporan LTB menyarankan sektor awam menyediakan atau meluaskan pasaran untuk kredit jangka panjang dan meningkatkan akses bagi aliran kewangan rentas sempadan, terutamanya untuk pembiayaan infrastruktur.

Katanya sektor swasta, sebaliknya, perlu mengambil bahagian secara aktif dalam membentuk pasaran dan menyokong sektor awam sewajarnya, dan antara usaha penting ialah mengekalkan komunikasi baik dengan kerajaan negara lain, mengambil tenaga kerja tempatan dan memindahkan pengetahuan kepada pakar-pakar tempatan.

Laporan itu dilancarkan pada Selasa oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan disaksikan Presiden ABC Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid.

Selain infrastruktur, laporan tersebut turut merangkumi sektor lain termasuk pengangkutan, perkhidmatan kewangan dan pasaran modal, pelancongan, penjagaan kesihatan dan runcit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here