PASIR PUTEH: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang akan mendapatkan laporan daripada PAS Kelantan berhubung tindakan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang menyertai PKR.

Katanya, sehingga kini beliau tidak boleh mengulas isu berkenaan memandangkan belum mendengar dan memperolehi maklumat lanjut.

“Bagaimanapun apa yang saya mahu tegaskan, wakil rakyat PAS yang yakin dengan baiah mereka buat, mereka akan setia dengan parti.

“Mereka yang tidak yakin dengan baiah itu yang tidak setia dengan parti,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Himpunan Anak Muda Istiqamah

Sumber: Berita Harian

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here