KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan laman web rasminya tidak dapat diakses seketika bermula lewat petang tadi apabila ditutup disebabkan wujudnya cubaan menggodam. Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) PDRM, Datin Asmawati Ahmad, berkata laman web berkenaan ditutup sementara bagi proses baik pulih. “Kita terpaksa tutup dulu untuk buat proses baik pulih dan mengukuhkan tembok api kami,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Malaysian Access (MA) menyedari laman web berkenaan tidak dapat diakses kira-kira 8.20 malam. Bagaimanapun, semakan semula MA mendapati laman web berkenaan dapat diakses semula kira-kira 9.34 malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here