KWSP

Najib telah mengumumkan bahawa KWSP dan Khazanah Nasional Berhad akan meningkatkan pelaburan mereka di Amerika Syarikat. Jumlah pelaburan institusi ini adalah dijangka sekitar USD3 hingga 4 bilion bagi tujuan pembangunan infrastruktur di negara Uncle Sam, manakala USD7 bilion lagi bagi pelaburan ekuiti.

Sementara itu, KWSP juga dilaporkan telah pun merancang untuk meningkatkan aktiviti pelaburan di luar negara termasuk AS daripada jumlah pelaburan semasa iaitu di dalam lingkungan 19 kepada 20 peratus. Sejajar dengan pengumuman Najib ini, pelaburan KWSP ini dijangka mampu memberikan impak dan hasil yang lumayan kepada negara termasuk pulangan dividen yang tinggi kepada ahli KWSP.

Sebagai contoh, KWSP sebelum ini juga pernah meninjau untuk mencari peluang pelaburan di luar negara termasuk di Poland. Institusi itu telah meninjau ke atas sebuah bangunan pusat membeli-belah terkemuka yang dikenali sebagai Galeria Katowicka.Jumlah aset tersebut dianggarkan bernilai RM1.53 bilion.

Pelaburan seperti ini dapat mempelbagaikan (diversified) aktiviti pelaburan di samping mampu mengurangkan risiko kerugian aliran wang.Setakat ini, KWSP telah pun mengadakan usaha sama pelaburan dengan beberapa negara seperti Australia, Jepun, Luxembourg dan UK. Jadi pelaburan KWSP di negara Uncle Sam ini bukanlah sesuatu perkara yang baru.

Oleh yang demikian, dana pelaburan yang akan dilaksanakan ini turut membuktikan bahawa negara kita bukan sekadar berharap untuk menunggu tawaran dari negara luar, bahkan negara kita juga mampu melakukan pelaburan ke negara-negara yang besar serta mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh seperti Amerika Syarikat.

Malah, strategi pelaburan KWSP ini merupakan satu peluang yang baik kerana tidak semua syarikat asing boleh melabur secara terbuka di negara tersebut. Pelaburan yang berkualiti ini seharusnya tidak di sia-siakan oleh mana-mana pelabur khususnya dari negara kita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here