Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat laporan polis terhadap dua pihak susulan dakwaan cuba mengubah sejarah dengan menyingkirkan nama mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir dari buku teks sekolah.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata laporan polis tu dibuat terhadap penerbit buku yang bertanggungjawab mengeluarkan foto Dr. Mahathir dari kandungan naskhah Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3.

Tindakan sama turut dibuat terhadap pihak yang memulakan penyebaran maklumat palsu berkenaan sehingga menjadi viral di media sosial.

Menerusi hasil semakan, buku yang dimaksudkan adalah bukan terbitan KPM kerana setiap penulisan naskhah akademik bersandarkan dokumen kokurikulum dan fakta sebenar mengikut peristiwa atau tempoh berkaitan.

KPM juga tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan bertulis atau lisan kepada sekolah untuk menanggalkan gambar Dr Mahathir selaku Perdana Menteri keempat,” kata kementerian itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here