Anggaran pelamin perkahwinan artis Yuna dan Adam Sinclair bernilai RM70,000, kata pengarah kreatif The Calla.

Firdaus Othman berkata kos meliputi upah pekerja menyiapkannya selama tiga hari serta ada “bunga dan dahan pokok dari hutan,” laporĀ mStar Online.

“Mana dapat harga RM200 itu hanya upah pekerja sahaja, susah nak cakap harga tentang harga sebenar, anggarannya lebih RM70,000,” katanya.

Mengulas keluhan butik perkahwinan Fidaerdy terhadap karenah bakal pengantin yang mahu pelamin sama dengan kos RM200, beliau mengakui turut ditanya.

Firdaus berkata pelamin berlatar belakang pergunungan direka eksklusif untuk Yuna dan Adam untuk majlis di Puncak Rimba Bentong, Pahang pada Jumaat lalu.

“[…] pihak kami tidak akan buat rekaan sama seperti pelamin Yuna kepada pelanggan lain. Kalau mereka mahu yang sama kami akan beri kelainan sedikit,” katanya.-MMO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here