Konvensyen Pakatan Harapan (Harapan) Negeri Sembilan kali kedua yang berlangsung di Wisma City Kingdom secara tiba-tiba menjadi panas.

Teriakan berbunyi ‘mana hak kami’, ‘ini tidak adil’, ‘boikot’ dan ‘hidup Tun’ oleh sekumpulan individu berbaju merah memenuhi segenap ruang dewan berkenaan di penghujung program.

Insiden itu serta-merta menarik perhatian pihak pemberita yang sepatutnya mengikuti sidang media bersama pucuk pimpinan Harapan di atas pentas.

Bagaimanapun kumpulan terbabit kemudian ditenangkan oleh Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang turut hadir pada konvensyen tersebut.

Menurut ahli Bersatu Bahagian Jempol, Amiruddin Aman, mereka bertindak sedemikian kerana tidak bersetuju dengan pembahagian kerusi Dun yang disifatkan berat sebelah.

“Kami yakin akan menang di 10 kawasan, tapi cuma dapat enam. Sekarang ni, kami dicampak ke kawasan hitam,” katanya.

Untuk rekod, Bersatu Negeri Sembilan diberikan kerusi Dun Palong, Seri Menanti, Chembong, Gemencheh, Pertang dan Bagan Pinang untuk PRU14.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here