kontrak

KUALA LANGAT – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menamatkan segera kontrak syarikat mengendalikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang menjual produk jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.

Timbalan Perdana Menteri berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan memberikan peruntukan kepada syarikat berkenaan untuk memastikan produk yang dijual lebih murah.

“Harga mahal sedangkan kerajaan memberikan peruntukan kepada syarikat (mengendalikan KR1M) untuk menjual (produk) di bawah harga pasaran.

“Justeru, saya arahkan Menteri PDNKK Datuk Seri Hamzah Zainudin putuskan kontrak syarikat mengendalikan perjalanan KR1M berkenaan, tukar syarikat lain supaya harga benar-benar berada di bawah harga pasaran demi kepentingan rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kuala Langat di Pulau Carey di sini.

Ahmad Zahid berkata pihaknya menerima aduan ada sebuah syarikat yang diberi peluang mengendalikan KR1M menjual produk lebih mahal daripada harga pasaran. –Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here