Saturday, September 23, 2017
Home Muka Depan KJ Bikin Cewek Indonesia ‘Cair’

KJ Bikin Cewek Indonesia ‘Cair’

207
0
indonesia
 KJ bikin cewek Indonesia 'cair'

SIAPA¬†yang dapat menafikan aura Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin atau KJ yang terkenal dengan gelaran ‘tall, dark and handsome’.

Jika di Malaysia fenomena KJ sudah lama melanda, demam itu nampaknya mula menular ke negara jiran, Indonesia khususnya dalam kalangan gadis-gadis.

Semuanya gara-gara kes bendera terbalik di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang sedang berlangsung kini.

Meskipun agak pahit untuk rakyat Indonesia menerima insiden itu, sekurang-kurangnya hati mereka terubat apabila melihat kekacakan yang dimiliki KJ ketika pertemuan dengan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi.

Status-status ‘nakal’ netizen yang memuji KJ mula membanjiri laman sosial di negara jiran itu sehingga menenggelamkan isu bendera terbalik.

Malah, ada netizen negara itu yang secara bergurau mengatakan hikmah di sebalik insiden itu ialah membolehkan mereka mengenali KJ.

Salah seorang pengguna media sosial di Indonesia turut berharap agar menteri mereka juga setampan KJ.

Manakala, pengguna media sosial lain menyifatkan penampilan KJ yang muda dan gagah bersesuaian dengan tugasnya sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Selain menjadi menteri yang bertanggungjawab untuk acara dwi tahunan itu, KJ juga mewakili Malaysia dalam acara ekuestrian polo.

Pasukan KJ juga telah berhasil menewaskan pasukan Brunei yang turut disertai Putera Abdul Mateen Bolkiah dalam perlawanan semalam.- SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here