Kit Siang

SELEPAS Datuk Zaid Ibrahim bersuara mengenai kewajaran Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri, muncul pula seorang lagi pemimpin parti itu, Prof. Dr. P. Ramasamy yang se­nada menyokong Penasihat DAP tersebut menerajui kepemimpinan negara jika Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan kedua-dua pemim­pin itu mencerminkan hasrat DAP yang sebenarnya mahu Kit Siang menjadi Perdana Menteri.

Biarpun dinafikan oleh Kit Siang, tetapi itulah hakikatkan bahawa pimpinan DAP sebenarnya mahu Kit Siang menjadi Perdana Menteri.

Adakah Kit Siang akan menolak jika Pakatan Harapan setuju memilihnya?

Zaid menyifatkan pelantikan Ahli Parlimen Gelang Patah itu sebagai Perdana Menteri adalah satu idea yang bernas.

Menurut Zaid, jika Pakatan Harapan menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti, mungkin cadangan untuk menjadikan Kit Siang sebagai Perdana Menteri bukan cadangan yang buruk.

Ramasamy pula yang merupakan Timbalan Setiausaha Agung DAP memaklumkan, pemimpin yang pa­ling layak untuk dipertimbangkan memegang jawatan Perdana Menteri ialah Kit Siang kerana berdasarkan sejarah dan pengalamannya dalam politik negara.

Jelas Ramasamy, Kit Siang menghabiskan bertahun-tahun berjuang un­tuk demokrasi dan keadilan de­ngan mengorbankan hidup sen­diri dan juga ahli keluarganya, malah dipenjarakan dua ka­li di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana politik.

Jadi, menurut Ramasamy daripada semua pemimpin parti politik, orang yang paling bersikap rendah diri ialah Kit Siang sekali gus beliau adalah calon utama perlu dipertimbangkan untuk jawatan nombor satu negara ini.

Kata Ramasamy, sama ada beliau mahu atau tidak memegang jawatan tersebut, ia perkara yang berbeza.

Dalam sidang akhbar di Pulau Pinang pada 25 Ja­nuari lalu, Kit Siang mengakui bukan men­jadi kesalahan ke­pada sesiapa untuk mempunyai cita-cita tinggi menjadi Perdana Menteri.

Jika dilihat kepada perjuangannya, Penasihat DAP itu dilihat banyak tertumpu kepada aspek menggembar-gemburkan isu politik merentasi masyarakat Tionghua sahaja.

Adakah terdapat re­kod mahupun potensi meya­kinkan sehingga Kit Siang layak diangkat sebagai calon Perdana Menteri?

Apakah penilaian yang dibuat oleh Zaid yang melayakkan Kit Siang menjadi Perdana Menteri?

Penilaian yang seharusnya di­buat oleh Zaid perlu bergantung kepada faktor sumbangan dan rekod kebaikan yang diberikan kepada rakyat.

Adakah perkara ini terbukti dalam kehidupan masyarakat majmuk? Jika terbukti, Kit Siang memang layak menjadi Perdana Menteri.

Jika dilihat, rekod DAP juga lebih menjurus kepada politik membangkang bukan politik mentadbir rakyat.

Adakah jumlah 38 kerusi yang dimiliki DAP sekarang di Dewan Rakyat syarat mutlak pemimpin mereka diterima rakyat secara keseluruhannya?

Tidakkah tindakan Zaid dan Ramasamy itu memperlihatkan sikap sebenar DAP yang menganggap pemimpin mereka lebih baik berbanding sesiapa sahaja sebagai Perdana Menteri?

Jika dilihat, kenyataan Zaid itu secara tidak langsung menggambarkan dirinya sudah dipengaruhi DAP sehingga sudah tidak nampak lagi kebenaran di depan mata.

Sedangkan dahulu Zaid pernah menjadi pemimpin dalam Kabinet kerajaan, adakah tiada satu kebaikan langsung sehingga sanggup menyifatkan semua pemimpin UMNO mengkhianati keperca­yaan rakyat?

Kalau benar-benar ada, buktikan? Jangan sekadar tembak rambang.

Sekalipun ada kecuaian ia boleh diperbetulkan kerana yang bermasalah mungkin hanya individu tertentu.

Adakah pemimpin DAP termasuk Zaid sendiri seorang yang sempurna?

Adakah tindakan itu strategi Zaid dalam cubaan memancing undi orang Cina?

Ini kerana, Zaid dijangka bertan­ding atas tiket DAP dalam menghadapi PRU-14.

Jadi, adakah kenyataan itu semata-mata ingin meraih sokongan serta menagih kepercayaan daripada pengundi Cina?

Layakkah Kit Siang dilantik sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan?

Jika pimpinan Pakatan Harapan setuju mengenai, terpulang kepada mereka.

Apa yang penting Pakatan Harapan perlu menang PRU-14 terlebih dahulu.

Adakah rakyat mahu Kit Siang menjadi Perdana Menteri?

Baca sejarah dan nilaikan sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here