PUTRAJAYA – Perjalanan hidup seorang pahlawan dalam mempertahankan tanah air merupakan khazanah berharga kepada rakyat dan wajar dibukukan, menurut Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, usaha Perwira Niaga Malaysia (Pernama) menghasilkan buku bergambar bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Mohamed Hashim Mohd. Ali Mission Accomplished: The Military Journey, From Soldier To Leader wajar dipuji kerana ia mengandungi bahan rujukan dan asas yang cukup bernilai.

“Penghasilan buku seumpama itu menjadi khazanah cukup bermakna kerana apa yang dilalui oleh Mohamed Hashim selama 38 tahun sembilan bulan dalam pasukan keselamatan merupakan sebahagian daripada lipatan sejarah negara yang penting untuk dirakamkan,” kata beliau.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran buku bergambar Mohamed Hashim bertajuk Mission To Accomplished: The Military Journey, From Soldier To Leader di Bangunan Perdana Putra di sini semalam.- Kosmo

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here