khairy

Pelaburan yang dibuat entiti kerajaan Malaysia di Amerika Syarikat atau di negara besar lain adalah demi memanfaatkan Malaysia dan rakyatnya, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata kerajaan BN membuktikan kemampuannya untuk mengetepikan politiking murahan demi berkhidmat untuk rakyat melalui dasar ekonomi yang stabil dan hubungan diplomatik yang lama terjalin bagi membawa kemakmuran masa kini dan akan datang.

“Masanya sudah tiba bagi pembangkang untuk bersikap matang dan tidak lagi terlibat dengan politiking murahan sebaliknya menghidangkan kepada rakyat Malaysia kebijaksanaan serta idea, bukannya dengan menakut-nakutkan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairy berkata demikian bagi mengulas tindakan  pihak tertentu yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung rancangan mengembangkan pelaburan Malaysia di Amerika Syarikat seperti yang diumumkan semasa rundingan beliau dengan Presiden Donald Trump di Rumah Putih pada Selasa.

Menurutnya gesaan agar Malaysia tidak ‘menghantar wang’ ke luar negara menunjukkan apa yang beliau sifatkan sebagai  ‘kefahaman yang amat terhad tentang aliran pelaburan negara kita’.-Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here