Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berhasrat kekal bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Beliau yang mengakui dekat dengan penduduk kawasan itu, bagaimanapun berkata, keputusan hanya boleh dibuat Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri.

“Itu adalah harapan saya tetapi keputusan di tangan Najib,” katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra Wanita Bersama Pemimpin di Muzium Raja Melewar, Kampung Astana Raja, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Dr Awaluddin Said yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota.

Sementara itu, Khairy menggesa kepemimpinan akar umbi termasuk wanita supaya terus mendampingi rakyat untuk mengambil tahu setiap masalah dihadapi mereka.

“Pemimpin akar umbi perlu melaksanakan tugas diamanahkan. Pendekatan ini kita gunakan bukan ketika PRU saja, tetapi berterusan sepanjang masa,” katanya.-BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here