DALAM bidang seni suara tempatan, mungkin agak asing bagi kita mendengar nama Umar Uzair.

Namun kebolehannya sebagai penyanyi yang mengangkat genre puisi meletakkan dirinya istimewa dan unik berbanding sedia ada.

Dek kerana itu, meskipun kehadirannya tidak sepopular penyanyi sedia ada, namun dia tetap mempunyai peminat yang tersendiri.

Berpeluang mewakili Malaysia pada Festival Penyair Epik Dunia 2015 di Kazakhstan bermula 3 September hingga 7 September Umar mengambil pendekatan menyampaikan syair Melayu, zapin dan joget pada program itu.

“Saya harap dapat memperkenalkan kehebatan genre pilihan kepada semua yang terlibat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli berkata, pemilihan peserta pertandingan berdasarkan kebolehan membacakan puisi, bergiat aktif dalam Industri Seni Puisi (Dalam Negara dan Luar Negara) dan tergolong di dalam Generasi Y.

“Apa yang kami lihat Umar menepati kriteria-kriteria tersebut. Kerana itu, kami sebulat suara memilih dia mewakili Malaysia.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here