PAS menegaskan kerjasama dengan PKR tidak akan berlaku termasuk membabitkan isu penentuan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata perkara itu jelas selepas pihaknya memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR pada Mei lalu.

Katanya, walaupun PAS dan PKR masih mempunyai ruang untuk berbincang, namun setakat ini parti itu tidak akan membuat sebarang perundingan dengan PKR.

“Kalau Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, kata mahu berbincang dengan PAS dalam isu penentuan kerusi PRU-14.

“Bagi kami senang saja, PKR jangan bertanding di mana-mana kerusi kami bertanding,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya, di sini, hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Presiden PKR tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan PAS dalam perkara penentuan kerusi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Katanya, menjadi objektif PKR menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dan sekiranya ada perkara yang boleh membantu ke arah berkenaan, pihaknya akan mencuba.

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar berkata, senarai cadangan calon PRU-14 dari Kelantan sudah dihantar kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, calon itu terdiri daripada pelbagai golongan termasuk muka baharu dan wanita. – Berita Harian

SHARE
Previous articleJustice For Memali’s Victims
Next articlePKR Wajar Selesaikan Masalah Dalaman
Berketurunan Melayu Jawa tetapi tidak boleh berbahasa jawa. Merupakan seorang peminat masakan jawa lebih-lebih lagi tempe dan nasi pecel lele. Juga merupakan peminat tegar kepada pasukan bola sepak Barcelona FC. Visca El Barca!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here