Sekeping gambar seorang lelaki sedang mencari kerja dengan memegang kadbod di tengah panas matahari menjadi tular di media sosial.

Ramdon Maseh, 45 memegang kadbod yang menyatakan dia sedang mencari pekerjaan sebagai seorang pemandu peribadi.

“Saya berusia 45 tahun, berpendidikan STPM, menepati masa kerja, jujur dan amanah menyimpan rahsia, pakar seni mempertahankan diri dan mengutamakan keselamatan majikan,” tulisnya pada kadbod itu.

Seorang pengguna Facebook yang juga seorang wartawan, Syafiqah Damanhuri berkongsi gambar dan cerita mengenai Romdon.

Syafiqah berkata dia menyedari kelibat lelaki berkenaan berdiri di bawah terik matahari berhampiran lampu isyarat di Seksyen 7, Shah Alam.

“Sebagai wartawan, saya tak boleh ignore perasaan ingin tahu tu. Lalu saya berhentikan kereta, tanya dia.

“Rupanya dia tengah mencari pekerjaan. Katanya dia kerja kilang, tapi pengurusan bakal kecilkan operasi,” tulis Syafiqah di halaman Facebooknya.

Menurut Syafiqah, Romdon mengatakan ramai lagi pekerja di kilang lamanya akan dibuang dan lelaki itu kini mencari kerja baru bagi menyara keluarganya.

“Kawan-kawan mohon sebarkan buat rezeki pakcik ini. Allahu.. besarnya pengorbanan seorang ayah dan susahnya nak mencari sesuap nasi untuk keluarga,” katanya. – Malaysiakini –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here