Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berkata, perkara itu mungkin direalisasikan, seiring Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang berkemungkinan akan mengubah struktur perkhidmatan penjawat awam dengan penjawat awam bekerja di rumah bakal jadi kenyataan menjelang 2050.

Pelan itu akan memberi kebebasan kepada mereka bekerja di rumah atau pejabat.

“Kita cuba realisasikan dan laksanakan perkara ini seperti diminta golongan wanita selepas penelitian melihat sektor pekerjaan bersesuaian.

“Malah lelaki pun boleh bekerja dari rumah,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Dialog TN50 Bersama Penjawat Awam di Dewan Jubli Perak, semalam.

Seramai 2,500 penjawat awam seluruh negeri menghadiri majlis tersebut.

Sementara itu, Ali berkata, demografi masyarakat dijangka berubah menjelang 2050 termasuk warga emas sebanyak 23 peratus.

“Turut gaji penjawat awam juga antara yang tertinggi dalam negara berbanding sektor lain,” katanya.

Ini berlandaskan aspirasi futuristik yang disampaikan penjawat awam muda dilihat membantu menyediakan pelan TN50 lebih jitu.

“Futuristik bermaksud pelbagai aspek yang mereka ingin lihat dan dinikmati generasi pelapis akan datang akan diklusterkan dalam dokumen TN50,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here