Kerajaan
S

Kerajaan hari ini menarik balik kelonggaran diberi terhadap syarat lulus mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) untuk pegawai perubatan lantikan kontrak.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan juga mengekalkan syarat-syarat lulus subjek berkenaan dalam pengambilan semua jawatan dalam sektor awam di negara ini.

Katanya, tiada sebarang kelonggaran diberikan terhadap mata pelajaran BM untuk sebarang jawatan awam.

“Jemaah menteri komited mempertahankan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

“Bahasa Melayu adalah bahasa kebagsaan dan bahasa rasmi persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahid berkata keputusan diambil pada mesyuarat kabinet yang dipengerusikannya sebentar tadi.

Sementara itu Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata keputusan berkenaan diambil sebulat suara dalam mesyarat kabinet.

Katanya, kerajaan memutuskan hanya individu yang lulus mata pelajaran BM dipilih untuk jawatan pegawai perubatan kontrak di bawah Kementerian Kesihatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here