selangor

Kerajaan negeri Selangor digesa menunaikan janji manifesto iaitu memberikan pendidikan percuma khususnya untuk anak Selangor.

Datuk Seri Jamal Md Yunos Pengerusi Gabungan NGO Malaysia berkata, pihaknya akan meneruskan tuntutan terhadap manifesto kerajaan negeri yang jelas gagal menunaikan janji, sekali gus menganiaya penuntut di universiti milik kerajaan negeri itu yang terpaksa menanggung yuran pengajian sehingga RM50,000.

“Saya berani cakap sebab ada tiga anak buah yang belajar di sana dan nak habiskan pengajian ijazah terpaksa bayar hampir RM50,000 sedangkan janji dulu nak bagi pendidikan percuma.

“Kerajaan negeri berbangga dengan rizab simpanan yang banyak tapi hanya bagi RM20 juta sahaja untuk sektor pendidikan. Sedangkan manifesto yang dicanangkan masa pilihan raya nak bagi pendidikan percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media mengenai tuntutan janji kerajaan negeri terhadap anak Selangor di pekarangan Unisel Kampus Bestari Jaya, pagi tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here