Penetapan

KUALA LUMPUR – “Kerajaan setakat ini belum berhasrat untuk menukar mekanisme penetapan harga minyak petrol dan diesel secara mingguan kepada harian,”  kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata formula penetapan harga bahan api yang dicadangkan oleh Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebelum ini juga memerlukan masa serta penelitian secara menyeluruh.

“Elok kita bagi sedikit masa untuk KPDNKK menyelaras bagaimana (penetapan) mekanisme perubahan harga mingguan ini.

“Jika dilaksanakan mengikut penetapan harga harian, ia memerlukan persediaan yang rapi manakala pengusaha dan pemilik syarikat minyak juga perlu membuat persiapan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Johari berkata mekanisme ini dilaksanakan secara mingguan akan diteruskan buat masa ini sehingga keputusan lebih baik dapat dicapai yang dapat memberi faedah kepada semua pihak termasuk rakyat serta kalangan pengusaha bahan api berkenaan.

“Penetapan harga minyak mingguan setakat ini nampak ‘ok’ dah. Semua orang boleh mendapat manfaatnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here