dap

Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa gagal melaksanakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) kerana tidak mahu mendedahkan maklumat berhubung kenaikkan tarif air di negeri itu.

Khaw Poh Chung Naib Ketua Pemuda, berkata pihaknya dimaklumkan kerajaan negeri akan melaksanakan kenaikan tarif air hingga 77 peratus bagi isi rumah dan 58 peratus bagi sektor perniagaan.

“Bagaimanapun, saya amat kecewa apabila permohonan saya untuk melihat dokumen itu ditolak pada 30 Ogos lalu, kerana diklasifikasikan sebagai Sulit dan Persendirian.

“Bagi saya, ini adalah pengesahan bahawa Enakmen FOI yang selalu dibanggakan kerajaan negeri adalah satu penipuan kerana surat berkenaan¬†kepentingan rakyat Pulau Pinang pun tidak boleh didedahkan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sebelum ini pernah menaikkan kadar air pada 2010, 2013, 2015 dan menaikkan caj air mentah negeri pada 2016.- BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here