Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memastikan bantuan disalurkan kepada mangsa banjir Kelantan, sejak beberapa hari lepas.

Najib berkata beliau kini sedang memantau keadaan di beberapa kawasan yang dinaiki air dan memerlukan penduduknya dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).“Saya harap semua berhati-hati dan beri kerjasama kepada pihak berkuasa.

Kerajaan akan pastikan bantuan tiba kepada yang memerlukan,” kata Najib menerusi catatan di laman Facebook beliau, malam ini.

Sehingga 9 malam ini, jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 1,078 orang berbanding 834 orang pada  5 petang tadi.

Kesemua mangsa ditempatkan di 23 buah PPS yang dibuka di tujuh jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Bachok.

Sementara itu, menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas telah melebihi paras bahaya dan semakin meningkat kepada 9.68 meter berbanding 9.52 meter pada 5 petang tadi. –Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here