05_EKONOMI_200815_Kerajaan Komited Untuk Tingkatkan Bilangan Dan Kukuhkan Kedudukan Usahawan Bumiputra Dalam Pasaran_1

KUALA TERENGGANU – Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Melayu akan bangsat jika Umno hilang kuasa dirasakan telah melukakan hati kebanyakan orang Melayu.

Setiausaha Perkasa Terengganu, Othman Endut berkata, bukan semua orang Melayu merupakan ahli Umno dan ungkapan sebegitu pasti tidak dipersetujui ramai pihak yang bukan ahli parti tersebut.

Menurutnya, kenyataan sedemikian tidak sepatutnya dikeluarkan oleh Najib selaku Presiden Umno kerana hanya sebahagian orang Melayu menjadi ahli Umno.

“Keadaan ini boleh menyinggung perasaan orang Melayu. Dalam aplikasi seperti whatsapp, ramai yang meluahkan rasa marah dan tersinggung dengan kenyataan itu.

“Tidak timbul soal Melayu akan bangsat jika Umno hilang kuasa kerana perubahan mungkin berlaku disebabkan orang Melayu sendiri berubah,” katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau turut menyifatkan zaman dan perkembangan politik semasa telah memperlihatkan perubahan sehingga orang Melayu sudah mempunyai fahaman politik pelbagai dan tidak hanya bersandarkan kepada Umno.

Pada masa sama, beliau berharap perkataan yang dianggap kasar itu tidak lagi diungkapkan atau keluar daripada mulut seorang pemimpin besar.

“Lainlah kalau ungkapan itu ditujukan kepada orang Umno sahaja. Bagi saya sebagai presiden parti dan perdana menteri, beliau tidak patut cakap begitu.. mesti ada perkataan lain yang lebih baik.

“Kita harap presiden (Najib) berhati-hati kerana kenyataan sedemikian boleh menimbulkan rasa gelisah dalam kalangan rakyat negara ini,” katanya.

Agensi berita melalui Sinar Harian pada Isnin lalu melaporkan Najib menyatakan bahawa orang Melayu akan bangsat jika Umno hilang kuasa dan menegaskan ahli Umno wajib mempertahankan parti yang menerajui kepimpinan negara ketika ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here