pru14

Lim Kit Siang mahu Pakatan Harapan menerima kenyataan yang mereka terpaksa bertembung tiga penjuru dengan Pas dan BN dalam PRU14 menunjukkan pakatan itu sedang berdepan dengan masalah.

Jika tiada masalah, sudah tentu isu rundingan kerjasama dengan Pas tidak lagi perlu diperkatakan sesudah Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan memutuskan yang mereka tidak akan bekerjasama dengan Pas dalam PRU14 itu.

“Isu berunding dengan Pas ini sepatutnya sudah mati bila Majlis Presiden Pakatan memutuskan dengan tegas bahawa Pakatan tidak akan bekerjasama dengan Pas dalam PRU 14, tetapi bila Lim Kit Siang terus membangkitkannya ia menggambarkan ada sesuatu yang tidak kena dalam Pakatan,” Pengarah Institut Kajian Politik Malaysian (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata.

Beliau berkata demikian ketika megulas kenyataan Kit Siang bahawa terdapat keperluan segera untuk menerima realiti pertandingan tiga penjuru bagi membolehkan Pakatan fokus kepada usaha memenangi PRU 14 kerana masa yang ada semakin suntuk.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here