Zaid Ibrahim

SIAPA yang tidak mengenali Datuk Zaid Ibrahim?

Pada 2010, sewaktu menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor timbul dakwaan Zaid adalah seorang kaki botol tegar.

Dakwaan itu bukan dibuat sebegitu sahaja namun kerana ada gambar yang mana Zaid memegang botol arak.

Apa jawapan Zaid pada ketika itu?

Zaid pada ketika itu memaklumkan bahawa dakwaan tersebut adalah cerita lama dan beliau sudah pun memohon maaf dengan Allah SWT.

Pada ketika itu Zaid tidak pun menafikan dakwaan tersebut, jadi benarkah Zaid dakwaan seorang kaki botol tegar itu?

Terbaharu, Zaid menyindir pihak yang membantah penganjuran pesta arak ataupun “Better Beer Festival 2017” yang dijangka diadakan pada 6 sehingga 7 Oktober ini.

Tanpa menamakan mana-mana pihak, Zaid memaklumkan kumpulan yang membantah itu dilihat lebih suka berpoligami berbanding penganjuran pesta, hiburan serta nyanyian.

“Yang bantah pesta ini kumpulan yang sama. Mereka tak mahu pesta, hiburan, tak mahu nyayian.

“Isteri dua tiga boleh, lagi muda lagi baik,” kata Zaid di dalam laman Facebooknya.

Selain itu, Zaid turut bertanya sama ada parti MCA dapat melakukan sesuatu berhubung penolakan permohonan penganjuran pesta arak berkenaan.

“Boleh MCA buat sesuatu? Bukankah MCA telah berjaya mengubah Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang sederhana?” soal Zaid lagi yang kini duduk bersama DAP.

Kenapa Zaid membuat sindiran sedemikian?

Adakah kerana bersama DAP, Zaid perlu menyokong penganjuran pesta arak itu?

Atau, adakah Zaid sendiri sehingga kini masih seorang kaki botol?

Dahulu, sewaktu menjadi calon PKR di Hulu Selangor, Zaid berkata telah memohon maaf kepada Allah SWT.

Tetapi kini, bila mahu penganjuran pesta arak, beliau menyindir pula pihak yang membantah pesta ini.

Apakah maksudnya itu?

Adakah Zaid tidak dapat membezakan antara arak dan poligami?

Kepada Zaid, ketahuilah bahawa arak itu buruk di sisi semua manusia yang waras.
Arak telah menjadi masalah terhadap masyarakat termasuk negara maju di seluruh dunia.

Jika seseorang enggan atau tidak setuju dengan penganjuran pesta arak bukan bererti dia enggan dan menolak terus unsur hiburan.

Terdapat golongan beragama yang turut berhibur dan bernyanyi dengan cara bersantun. Bukan sahaja mereka bernasyid dan berselawat, tetapi mereka juga boleh menyanyi dan menari dengan kadar kesopanan sebagai manusia waras.

Apa kaitan pula poligami yang halal dengan pesta arak?

Tidakkah pesta arak itu menjerumus kepada perzinaan dengan wanita yang pasti mencemar kehormatan di sisi semua agama termasuk Islam.

Sementara itu, poligami yang bertanggungjawab mempunyai peraturan dan kewajipan sebagai suami dan isteri.

Adakah salah untuk orang bukan Islam untuk minum arak di negara ini?

Orang bukan Islam yang hendak minum arak itu jelas menjadi hak mereka tetapi penganjuran pesta arak boleh memberikan kesan negatif kepada masyarakat awam secara keseluruhannya.

Sebagai umat Islam, Zaid patut ada etika ketika memberi pandangan berhubung dengan perkara yang jelas seperti ini.

Janganlah hanya membuta tuli dalam membuat kenyataan.

Kepada umat Islam, adakah kita wajar mencontohi atau memberi sokongan kepada pemimpin seperti itu?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here